Checklist Ibu-Bayi sblm ke Hospital Bersalin

Anak dah usia 5 tahun, ingat2 lupa shj. Kebanyakkan list ini saya refer drp blogger2 lain juga. Harap membantu ibu2 utk persiapan ke hospital yea!
Yg paling penting!!
1. IC / Kad Pengenalan
2. Buku Merah
3. Guarantee Letter (GL) bagi penjawat awam
4. Handphone untuk memudahkan komunikasi
SENARAI UNTUK IBU
1. Pakaian untuk pulang ke rumah (1 pasang dah cukup sebab di hospital sudah tersedia baju untuk pesakit)
2. Baju sejuk dan stokin tebal
3. Tuala mandi
4. Baju dalam (4 helai)
5. Disposable Panties
6. Minyak panas
7. Maternity Pad (1 bungkus)
8. Toiletries
9. Charger handphone
10. Set Berpantang Shaklee (lps bersalin dah boleh consume terus)
Barang untuk kegunaan bayi pula perlu sediakan kepada 2 bahagian iaitu untuk digunakan semasa dalam Labor Room dan di dalam wad. Kebiasaannya jururawat akan minta barang bayi sebelum anda masuk ke Labor Room tersebut.
SENARAI UNTUK BAYI (LABOR ROOM)
1. Baju bayi
2. Sarung tangan dan kaki
3. Kain bedung
4. Diapers

SENARAI UNTUK BAYI (DALAM WAD)1. Baju bayi (4 helai siang, 4 helai malam)
2. Barut (5 helai)
3. Bedung/selimut bayi
4. Topi untuk melindungi kepala dan telinga bayi
5. Sarung tangan & kaki (5 pasang)
6. Diapers (bawa lebih sekurang-kurangnya 20pcs)
7. Tisu basah
8. Tuala kecil
9. Toiletries termasuk minyak telon/baby oil/krim
10. Bantal bayi (bg saya ia tidak perlu ttp boleh guna semasa di dlm kenderaan yea utk pangku bayi dgn lebih kemas)
Itu shj!
Doa dan zikir jgn lupa.
Semoga dipermudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

10 makanan ibu hamil agar kulit bayi putih dan bersih ketika lahir

Tips Menggunakan Alat Ujian Kehamilan

OVULATION PREDICTOR KITS (OPK)