OVULATION PREDICTOR KITS (OPK)

Apa itu OPK?
OPK (ovulation prediction Kit) alat yg digunakan untuk mengesan ovulasi bagi merancang/mengelakkan kehamilan.
Bagaimana alat itu berfungsi?
Ovulasi adalah saat kesuburan bagi seorang wanita di mana ovum (telur) telah sedia untuk disenyawakan, telah berpisah dari organ ovari.
Luteinizing Hormone (LH) adalah hormon yg berfungsi mengeluarkan ovum drp ovari.
Pada hari ovulasi kandungan LH berada pada tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan akan keluar melalui air kencing.
Bilakah hari yg sesuai untuk melakukan ujian ini?
Cara pengiraan:
-kira panjang kitaran haid secara purata. Kitar haid dikira bermula dr hari pertama pendarahan (CD1) sehingga hari terakhir sebelum darah haid bermula semula.
-Kiraan secara purata berdasarkan pengiraan beberapa kitaran haid sebelum ini (sekurang2nya 6 kitaran)
Tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haid.
-cth: panjang kitar haid ialah 28hari, maka 28-17 =11. Maka lakukan ujian pada hari ke 11.
-Teruskan selama 6 hari berikutnya.
-rujuk jadual utk contoh pengiraan.
Panjang Kitaran HaidHari untuk lakukan ujian
21Hari ke 4
22Hari ke 5
23Hari ke 6
24Hari ke 7
25Hari ke 8
26Hari ke 9
27Hari ke 10
28Hari ke 11
29Hari ke 12
30Hari ke 13
…….ujian diteruskan utk 6 hari berikutnya
OPK berfungi mengesan LH ketika ia berada di paras tertinggi (LH Surge)
Jika ujian OPK positif, biasanya 12 hingga 36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan ovulasi serta tahap kesuburan adalah maksima. Proses persenyawaan di tahap terbaik pada ketika itu.
klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal
klik sini untuk menambah kualiti sperma di dalam air mani
**link ini dirujuk drp penulisan blog Dr Zubaidi…..follow di sini
Cara menggunakan OPK
Baca arahan pada kertas yg dilampirkan dalam kotak OPK.
Waktu terbaik utk lakukan ujian adalah antara 2.00-2.30ptg.
Ini kerana LH pada hari itu teah sedia utk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.
JANGAN lakukan ujian itu sebaik bangun drp tidur kerana mungkin dia akan terlepas hari pertama.
Kurangkan pengambilan air yg diminum 2 jam sebelum ujian.
Ujian mesti dilakukan pada waktu yg sama bagi tempah sekurang2nya 7 hari.
Masa reaksi utk tindakbalas ujian adalah 5 minit. Ini bermakna seseorang itu harus menunggu 5 minit sebelum boleh melihat keputusannya.
babymad_mid_results
OPK
OPK mempunyai 2 jalur, C dan T
C = control, utk memastikan alat ini berfungsi atau tidak
T = test. memberitahu sama ia positif atau negatif
Ujian ini menjadi POSITIF (terdapat LH Surge) apabila terdapat jalur pada bahagian ujian yg SAMA TERANGdgn jalur kawalan.
Ujian ini adalah NEGATIF apabila pada bahagian test tidak wujud atau jalurnya tidak terang.
**Jika jalur ujian (T) tidak terang, ia dikira NEGATIF kerana di dalam badan seornag wanita itu tetap mempunyai hormon LH yg rendah. Ia bukan LH Surge (LH tertinggi)
Kesan ubat penyubur pd OPK
Jika mengunakan ubat subur Clomid ia boleh memberikan keputusan false positif, OPK menunjukkan bacaan positif padahal tiada LH Surge yg berlaku.
Dinasihatkan utk menunggu 3 hari slp tamat penggunaan ubat subur sebelum memulakan ujian OPK.
Antara ubatan lain yg boleh mempengaruhi keputusan OPK ialah Pergonal, Humegon atau Repronex (ubatan ini mengandungi campuran LH dan FSH)
Bagi ubatan suntikan penyubur spt Gonal-F, Follistim dan Fertinex ia tidak mempengaruhi ujian OPK kerana hanya mengandungi hormon FSH shj.
Tulisan ini dipetik dan dirujuk drp bbrp blog ttg OPK dan pengunaannya serta drp blog Dr Zubaidi.
Penjelasan secara lengkap dan detail anda boleh rujuk di sini

Comments

Popular posts from this blog

10 makanan ibu hamil agar kulit bayi putih dan bersih ketika lahir

Tips Menggunakan Alat Ujian Kehamilan